Kelas ICT

3 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 2 Disember 2019 telah diadakan satu Kelas ICT yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan akaun Google dan Google Mail. Mereka perlu mengisi ruangan yang telah disediakan bagi membuat akaun Google. Selain itu, mereka juga perlu mengisi nama pertama, nama keluarga, nama pengguna dan kata laluan bagi membuat akaun Google.

Selepas mengisi butiran berkaitan nama pengguna, mereka perlu mengisi nombor telefon, alamat e-mail pemulihan, tarikh lahir dan juga jantina. Setelah selesai mengisi semua ruangan, mereka telah Berjaya menghasilkan akaun Google mereka sendiri dan mereka juga boleh menggunakan Google Mail. Di dalam Google Mail, mereka boleh menghantar maklumat, gambar atau pautan kepada seseorang dengan mudah. Mereka telah diberikan latihan untuk menaip e-mail dan menghantar e-mail tersebut. Di akhir kelas ICT ini, mereka telah memahami cara untuk menghasilkan e-mail dan mengetahui fungsi e-mail tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali